30 December 2010
Tahniah Harimau Malaya
29hb - 1 lagi kejayaan yang dimiliki sebelum penutup tahun 2010..Pasukan Harimau Malaya telah menang bergaya bg merebut Piala AFF Suzuki..kemarau selama 14 tahun telah berakhir...aku mmg kagum dgn goal keeper yg berjaya menyelamatkan tedangan penalti indonesia....tgk siaran langsung kt umah dgn husband & adik..so nak bersorak tuh x dek hal la kan..time gol pertama tuh rase boleh dgr smpai luar umah kitaorg nie menjerit...
apa-apa pun kejayaan manis nie penutup tirai 2010..TQ Dato' Seri Najib sbb bg cuti umum esok (31hb) utk negara sempena kemenangan Harimau Malaya...best laa..x payah nak apply cuti..dh tentu arah esok PM dh bg cuti kan...semangat 1Malaysia :)
22 December 2010
~Just Married~
&
Herny Marlini Binti Nazri
24hb-26hb Disember, 2010
terima kasih kepada saudara mara yg sudi hadir..syukur sgt majlis berjalan dgn lancar..cuaca pun walaupun nampak mcm nak ujan pada mulanya tp syukur sampai malam ujan x turun...makanan yg dihidangkan pun semuanye sedap-sedap belaka..mmg penat tp disebabkan ahli family semua best & sporting..saling bantu membantu benda yang banyak pun dpt diselesaikan dgn cepat..kepada sponser2 terima kasih diucapkan..sama-sama kita dpt ringankan beban pengantin :)
21 December 2010
Adoiiiii Banyaknye Kerjaaa!!!!
List To Do - 21/12/2010
1. update list ahli baru
2. infoblast AJK utk meeting ari khamis ni
3. update aktiviti & diary untuk tahun 2010 --> yg nie byk lg nk kene buat..adehhh!!! --> yes..dh siap..just nak double cek balik..huhuh
so ari nie x dpt la aku nak bersenang2 kt opis nie... sure kelam kabut mcm mr.bean..arghhhh!!! ok GTG...sambung kerja....
20 December 2010
Ku Intai Cinta Dalam Rahsia - Qurratu'ain
Novel ini banyak berkisarkan antara cinta dan dendam manusia. Kerana dendam ia membawa padah dan kemungkinan dendam juga membawa kebahagiaan tapi bagaimanakah kita dapat mengubah dendam membawa kebahagiaan? Kerana dendam…Puan Elisha tegar melampaui batas-batas perundangan asalkan hatinya puas. Kerana dendam… Iman Farhan memasang perangkap untuk Yee-Ren atas nama persahabatan. Kerana dendam… Puan Elisha kembali menghantui kehidupan Yee-Ren. Kerana dendam… Bolehkah dua hati bersatu?
Aku baru je mula baca buku nie lepas je aku abiskan buku Sweet Sour..so far setakat mlm td aku baca mcm best..nanti bila aku dh abis aku update yer..mana tau korang nak beli buku nie ke kan..hehehehehe
17 December 2010
7 Entries!!!..Wowwww!!!
so sejak awal tahun nie 1st novel yg aku beli Kau Yang Satu..lepas tuh aku mmg target nak beli 1 Novel 1 Bulan..so skrg nie dh ade 11 buku yg aku dh beli..tp ade beberapa yg aku masih lom baca..just beli je dulu..baca tunggu mood..heheheh
ok la..aku pun dh letih posting sampai 7 entries..makan pun x ari nie..juat 3 pkg roti dgn air oat je..jap lg Tuan Mandor ( Opsss nanti dia marah plaks..keh keh keh ) nak dtg jemput..terus pg makan...daaaa!!
Kau Yang Satu - Nia Azalea
Sinopsis : KAU YANG SATU Bot milik peribadi Datok Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut Cjina Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Mustaza dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman. Taufik tidak setuju denagn cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung. Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli. Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama? Taufik sebenarnya mempunyai makwe yang bernama Isabella...seorang model....yg cantik....penggoda tetapi mempunyai niat jahat....Taufik tak pernah melayan Salina sebagai seorang isteri...sedangkan salina adalah isteri yang sgt baikk....namun akhirnya....taufik kecundang nafsu sebagai insan bernama suami....tapi bukan atas kerelaan salina...Apabila mereka berbaik dan menajalani kehidupan sepasang suami istaeri yg bahagia...Isabella bangkit utk menghancurkannya....
Nie dia NOVEL PERTAMA yang aku beli sejak aku berazam nak kembali bergiat membaca novel...walaupun novel nie novel lama tp mmg best walaupun dah baca berulang kali...aku dulu mmg suka baca novel tp selalunya aku x beli..just pinjam dr member2...so sejak aku beli novel ini aku berazam nak beli 1 Novel 1 Bulan..cehh macan 1 Malaysia la plaks..sesiapa yg suka gaks baca novel boleh la sharing info dgn aku :)
Lafazkan Kalimah Cinta - Siti Rosmizah
Sinopsis: Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua. Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?
Nie satu lg buku dr Siti Rosmizah yg aku suka..nak2 lagi bila aku dpt 20% diskaun time aku beli kt Popular Jusco Sban 2..dh lama aku mengidam nak beli buku nie..sbb aku mmg tau kalau buku dr Siti Rosmizah mmg la x mengecewakan...korang kene baca sendiri buku nie..buku nie mmg x rugi beli n x rugi di baca..menangis juga dibuatnye...hehehehhe!!!
Cinta Kau Dan Aku - Siti Rosmizah
"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah. "Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius. "Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang." Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?
Buku nie mmg ternyata best..baru je baca 1 bab aku dpt rasekan aura cite nie..penulis buku cite nie, Siti Rosmizah mmg tak mengecewakan..sedih dan geram dgn si Farish tuh..tp apa yg pasti aku mmg suke gaya penulisan dan cite dr Siti Rosmizah nie..mmg best buku nie!!
Baju Pengantin Mak Andam - Areila Sahimi
Sinopsis: Pertembungan empat mata di antara Aleeya (mak andam ‘terjun’) dan Zain (pengapit pengantin lelaki) telah mengundang sebuah persahabatan yang unik tetapi kelakar. Aleeya yang bersifat ‘kerek’ tetapi jujur dengan kata-katanya telah berjaya mencuit hati Zain. Zain cuba untuk membawa hubungan mereka lebih jauh, namun Aleeya ‘blur’. Maka Zain cuba mengikut rentak yang dimainkan oleh Aleeya dengan harapan dapat menjinakkan si pujaan hati. Tatkala Aleeya mula membuka pintu hatinya untuk menerima Zain, Azizul muncul semula. Hidup Aleeya semakin berserabut apabila Lily, isteri Azizul merayu kepadanya supaya melupakan Azizul, sedangkan Azizul terus-terusan menagih semula cintanya. Satu insiden yang mencurigakan di antara Aleeya dan Azizul telah menghancurkan kepercayaan Zain terhadap Aleeya. Lalu Zain membawa diri untuk mengubati luka di hati. Dua tahun mereka terputus hubungan, namun masing-masing separuh gila merindui di antara satu sama lain. Siapakah yang boleh menyambungkan semula hubungan Aleeya dan Zain? Merasakah mak andam menyarungkan baju pengantin ke badannya? Ikutilah rentetan perjalanan kisah cinta Aleeya dan Zain yang penuh dengan dialog ‘kerek’ dan lucu ini.
Buku nie pun best jugak..penggunaan bahasa yg sempoi n giler-giler..so aku promote kt sesiapa yg giler membaca novel...
Coke And Sundae- Ilya Abdullah
Sinopsis: Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.
Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.
Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala.
Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.
Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.
Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.
Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae?
Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki!
Yehhh...buku cite nie mmg best..kelakar tp kdg2 kene baca 2 kali utk fahamkan line n bahasa sbb sempoi abis cara penulisan dia..aku abis baca buku nie just 2 hari je..siapa2 yg minat baca buku boleh baca secara online..tp aku x ingat la web dia..hehehehe!!!
Sweet Sour - Nasz
A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul
“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.
Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!
B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul
“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.
Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!
* * *
Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia??
aku baru je baca buku nie semlm walaupun sebenarnye buku nie aku dh beli x silap 3 minggu yang lepas...disebabkan ramai pembaca bg review yg bagus so semlm dgn semangat waja aku membaca sampai separuh buku dah..best buku nie...x saba nak abiskan buku citer nie..x rugi aku beli :)
Kau Cipta Kasih - Azilah Wahab
15 December 2010
Arghhhh Bila Sengugut Nak Hilang!!!
org kata sengugut nie menyebabkan x boleh mengandung sbb dia mkn benih..so skrg nie aku dlm proses nak mencuba perubatan tradisional/ ubat kampung..so aku harap sgt sesiapa yg tahu mcm mana nak ilangkan sengugut nie..baik petua, ubat, amalan atau tempat nak berurut/ berubat sila la share dgn aku yer..kalau yg dh ada pengalaman pun harap sgt boleh share mcm mana nak atasi masalah sengugut nie..tp aku still jugak akan refer kt LPPKN..so selagi ada ruang & peluang utk aku mencuba dan berusaha utk ubat penyakit sengugut nie di samping berusaha utk mendapatkan anak..
13 December 2010
Cepatnya Masa Berlalu
beberapa jam sebelum 13hb Nov..husband aku ajak makan dulu..dia plan nak bwk aku ke A&W Seremban..aku ckp la kt dia buat apa nak mkn dulu..terus pg A&W la..dia kata nak bg aku mkn nasi sbb dia tau aku x lunch ari tuh..so dlm kul 10:30 mlm lepas husband aku tutup kedai terus pg mkn kt Nadia Tom Yam kt Bkt Rasah tuh..lepas je mkn terus gerak kt A&W plaks...dlm hati dh rase mcm x sedap tp x dek la fikir yg negatif kan..
sampai je A&W, husband pilih nak duduk kt luar..dia suruh aku duduk mengadap dia..so dh minum float n time pun dh nak dkt 12:00 tgh mlm..aku tgk husband asik dok sms jekk..bila tanya dia kata x dek siapa..kwn2 forum..aku pun x dek la suspect apa2..tepat kul 12:00 tuh dia dh nanyi lagu besday..tp apa yg best nye x lama lepas tuh aku dgr dr belakang org dok nanyi lagu besday..cepat je aku toleh..tgk wan tgh dok pegang camera..adik tgh pegang kek..adibah, dibah, nadiah dok menyanyi2 lagu besday n yg best nye dini n ulfah berpegangan tgn..semua menuju ke arah aku...
punyer la terkejut aku time tuh..terus aku peluk 2 org bdk kecik..hehehe..x sangka dpt birthday suprise..baik punye plan diorg adik beradik...anyway adik2 ipar n biras tq for the suprise...n utk pelakon utama, husband aku pandai nyek cover line nyekk.. korang mmg happening laa...
nie dia kek birthday aku Chocolate Indulgence Secret Recipie..sedapnyeeeeee!!! thanks all :)
12 December 2010
Char Kew Tiau, Ikan Talapia, Tempe & Tauhu Goreng
Sarapan Pagi
Showcase SDSI 2010 @ MITC
11/12/2010- @ MITC Melaka, ada Showcase Satu Daerah Satu Industri...saja singgah sbb dh kebetulan balik Melaka ari nie...bg aku kali nie showcase x semeriah mcm tahun lepas...tahun lepas raseye banyak produk2 IKS yg menarik untuk di beli dan dicuba..aku pun cuma beli air minuman tenaga dr booth N. Perlis dgn kek lapis dr booth N. Sarawak...tp pengunjung tetap ramai..aku rase kalau kt Melaka nie buat la apa event pun insyallah mesti ramai yg datang..aku sempat la bergambar kt SDSI tuh..thanks yer fotografer yg tertauliah :P
10 December 2010
Ikan Siakap 3 Rasa & Cendawan Goreng
- nasi putih
- ikan siakap 3 rasa
- cendawan goreng
yummyyyyy....jemput makan yer :) kalau rasa terliur tuh cecepat pg pasar beli bahan-bahan nak masak..takut nanti kempunan plaks...
Rebranding & Refreshing My Blog
So niat di hati nak refreshing n rebranding balik blog aku nie...ahaks!!! cita-cita tinggi..tapi x apa..janji niat tuh dah ada..hehehehhe
Dah banyak yg aku plan untuk tahun 2011 nie..tp bg aku yg paling utama ialah berusaha nak mendapatkan anak..story sket pasal kes fertility aku nie dah 2 bulan aku cuba ambik clomid..skrg nie aku refer kt LPPKN Seremban 2..so far Dr. Shukhilmi, gyne yg incharge kes aku mmg ok..dr segi nasihat, keterangan, dn dia pun kalau aku chat kt FB, dia still reply n jawab apa yg aku x faham... terima kasih suami yg tersayang...sbb sabar dan cekal menghadapi dugaan nie..insyallah dalam masa-masa yg terdekat Allah akan berikan juga kita anak yg soleh & solehah..
alamak..dh nak dkt pukul 5:30..jap lg dgr la ekzoz WDR dok rem-rem kt bwh opis aku nie..hahahahaha....ok la..chowww dulu...
adiosssSSS