07 February 2013

Program Zikir Bulanan

Assalamualaikum semua..

alhamdulillah LS diberi peluang utk hadir ke Program Zikir Bulanan di Masjid Dato' Bandar Hj Ahmad di Rasah mlm semlm..pd sesiapa yg dok sekitar Seremban yg berminat  nak dtg boleh la sama2 kita memeriahkan program nie..majlis ini dipimpim oleh mantan Mufti N. Sembilan iaitu Sahibus Samaha Dato' Hj Mohd Murtadza Bin Seikh Hj Ahmad. Beliau juga sebenarnya adalah bapa saudara En. Husband yg mesra dgn panggilan Pak Ngah Mor :-)

program zikir bulanan nie akan diadakan pd setiap hari Rabu,minggu pertama pd setiap bulan..program bermula dgn solat maghrib berjemaah,disusuli dgn tazkirah & zikir oleh Pak Ngah Mor,seterusnya solat isyak berjemaah..dan selalunya akan ada jamuan makan lepas tu.. ;-) semoga Allah memberikan kesihatan yg baik utk Pak Ngah Mor supaya LS sekeluarga boleh ikut serta dlm majlis ilmu yg dipimpinnya..

dah dua kali LS bwk Syasya dan alhamdulillah Syasya x meragam..elok je dia buat hal dia sendiri..tp kalau dh mula dpt kaki tak tau la pulak LS kot dia asik nak berjalan dlm masjid sbb ruang utk muslimah tu besar n luas..tp tak apa..LS mmg kalau boleh nak didik Syasya dr kecil lg supaya dia biasa dgn suasana majlis ilmu di masjid...in sya Allah moga Syasya Batrisyia menjadi anak yg solehah ye bila besar nanti...!!!

Abis renyuk kertas tazkirah...!!!

Dpn Pintu Masjid Dgn MIL & SIL



No comments:

Post a Comment