17 January 2011

~Allah Selamatkan Kamu~




17/01/2011
Happy Birthday My 2nd Brother
Semoga Pjg Umur, Dimurahkan Rezeki,
Ditetapkan Iman & Sentiasa Ceria
Love You So Much Bro!!!



13 January 2011

~Dalam Kenangan~

Al- Fatihah....
Allahyarham Sidek Bin Tamby
02/02/1964 - 10/01/2011

aku sebenarnye masih dalam keadaan terkejut..masa aku dapat berita arwah pak busu meninggal, aku tgh memasak untuk makan malam..tetiba je adik aku bgtau..." akak, busu dh meninggal..dia jatuh bilik air..' aku punya la terkejut sbb baru seminggu yg lepas aku jumpa dengan arwah..terkilan sgt sbb aku x salam pun arwah masa nak balik dr umah mak long...arwah pak busu adalah adik bongsu emak...mmg aku tahu dia ada penyakit sbb badan dia semakin kurus..patutlah masa kenduri kahwin abg chik dia senyap je..selalunya dia agak peramah..

ingat lagi time aku kecik2 pak busu la yg selalu melayan anak2 buah nye..walaupun selalu kene marah disebabkan perangai 'pemalas'nye tp kami semua hormat dia sebagai pakcik...arwah meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak..insyallah semoga arwah ditempatkan disamping org2 yg soleh...mari kita sama-sama sedekahkan surah Al- Fatihah....

07 January 2011

Dosa Semalam - Adilla Tasha



Hanim terbuang dari naungan kasih ayah dan bonda akibat perbuatan keji Ariff yang merogolnya hingga mengandung. Mujurlah ada insan yang sudi menghulurkan tangan, menyambut Hanim dari terus rebah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Di Rumah Kasih Sayang, Hanim membina semula semangatnya yang menghilang.
Kehadiran permata hati mengubat duka, walaupun kelahirannya tidak sah di sisi undang-undang. Kasih dan sayang dicurahkan kepada Aidil, namun ada batasnya.

Enam tahun memperkasakan diri, Ariff tiba-tiba muncul semula lalu mengocak ketenangan hati Hanim. Hanim tidak betah melarikan diri daripada Ariff kerana tuntutan kerja memaksa mereka untuk bekerja bersama-sama.

Ariff yang sememangnya sedari mula mencintai Hanim cuba untuk menggapai semula kasih Hanim demi menjernihkan suasana. Berjayakah Ariff menghapuskan dosa semalamnya? Akan terbukakah pintu hati Hanim untuk memaafkan Ariff? Bersediakah Ariff memikul tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Aidil?

Semuanya bakal terjawab di dalam DOSA SEMALAM….


buku nie baru je beli...lom bace lg, so bila dh baca kang aku update yo..heheheh

21/01/2011 - Buku nie baru je aku abis baca..mmg best jugak la novel nie..ada part2 yg sedih sampai bergenang aku membacanye..huhuhuh...

02 January 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Tak sangka cepat masa berlalu...rase mcm baru semlm aku celebrate tahun 2010 kt KLCC..hehehehe..tp tahun 2011 just dkt Seremban je..tp yg sodihnye x dok munger api pun kt Seremban..Org kemain ramai dok menunggu kt Dataran Seremban..masing2 muka frust giler sbb x dok munger api..lain kali Tok' Mat sediakan la budget..tak apa la..tuh cite lain...yg penting aku dan husband teruja untuk tahun 2011 nie dengan azam baru..

My 2011 Wishlist
1. Nak Jadi Seorang Ibu..(Nie y
g utama..harap Allah makbulkan doa kami)
2. Nak Tambah Lebih Byk Simpanan

3. Nak Bercuti kt Langkawi masa anniversary yg ke-4

4. Nak Turunkan Berat Badan (Kalau mengandung so kene tunggu lepas pantang la)

Kepada semua, Selamat Tahun Baru 2011, semoga tahun 2011 ini bakal membawa seribu kebahagian & keberkatan, dimurahkan rezeki, sentiasa gembira :)





Buat Suami Yg Tersayang : Selamat tahun baru 2011, semoga kita kekal bahagia sehingga ke akhir hayat..dikurniakan anak yg sempurna, soleh & solehah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman...sayang syg abang...mWahhhhhhhh!!!