29 January 2011

Lovin' You - Haruno Hana



Sinopsis : Kira yang digelar ‘putera’ di sekolahnya bersikap dingin kerana memendam perasaan akibat cita-citanya untuk menjadi pemain piano profesional telah ditentang habis-habisan oleh ayahnya. Ayahnya mahukan dia meneruskan legasi perniagaan keluarga mereka yang berkembang pesat di seluruh dunia. Kira hampa kerana mendiang datuknya yang mencintai muzik pernah memberikan galakan kepadanya untuk bermain piano. Sementelah, kawan karibnya sejak kecil iaitu Setsuna telah berjaya menjadi bintang pujaan ramai dan mendapat sokongan padu daripada keluarganya.

Perjalanan hidup Kira berubah dengan kehadiran Kotomi. Kotomilah satu-satunya gadis yang berani memarahinya dan membuka matanya tentang warna-warni kehidupan di dunia ini. Dengan dorongan dan sokongan yang diberikan, Kira mula membuka hatinya terhadap kemanisan hidup bercinta dan keindahan melodi simfoni yang beralun dari piano.

Namun… kecelakaan yang menimpa Kira telah mengubah kisah mereka berdua.

Bagaimanakah mereka mengharungi badai takdir yang menghempas mereka? Berjayakah mereka mengharunginya bersama-sama?

Buku nie aku beli jumaat lepas kt kd buku POPULAR Jusco Seremban 2..so x boleh la nak komen best ke tak cite nie..yg menariknya time aku tgh beli buku nie, terserempak dgn Ayu Rauddah & Zaquan..tp x ambik pun gambar..segan la plaks!!

26 January 2011

Mood - ToDay


aduhaiii..bosan nye ari nie..memula pagi td terbangun lambat, nasib sempat lg nak solat subuh..masuk je opis tgk meja..tgk diary..ermm tak tau nak buat apa..keje tuh mmg ada..tp hati nie mcm malassssss je nak buat..ermmm..apa la nak jd dgn aku nie...Facebook pun macam boring jek..x dek apa yg menarik nak aku komen...nak upload gambar, gambar lom transfer lg dr HP husband..last2 layan la juga web cari.com..

bila dh petang mcm nie teringin plaks tekak nie nak makan kek Secret Recipe...



ermm..yummyyyyyy!!! My Indulgence...

buat suami ku apa la salah kalau belanja isteri kesayangan mu nie..nanti balik keje kita singgah yer :) Love You So Much Bebeh!!

kalau la dpt ptg nie juga sure aku dah x bosan..hehehehehe!!!

-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

update!!!!..ptg tuh juga en. husband singgah kt Secret Recipe Jusco Sban 2..nyummmmmmmyyyyy....TQ so much bebehh!!!



Secret Recipe



tu diaa!!! kek yang sebenarnye....



x sempat nak tunggu balik rumah..dlm perjalanan dah abis di NGAP oleh kami :)

22 January 2011

Menu - Masakan Ikan

Nie beberapa menu yg aku masak minggu lepas...saja je aku up sbb minggu lepas adalah minggu lauk ikan..hahahah...so layannnnnnzzzzz!!!



Menu - Ikan Talapia Masak Pedas



Menu - Ikan Kembung Masak Lada / Kari Penang
psttt!!!...lauk nie member aku a.k.a Kak June Cantik selalu mintak aku masakkan utk dia..hehehe..so saja je la aku up bg Kak June kita tuh terliuqqq...



Menu - Ikan Siakap Stim

21 January 2011

AD+IZ - Eury Athena



Sinopsis : Adrianna Mayesa (Ad), si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya. Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya semenjak ibunya meninggal dunia. Apatah lagi dia tidak pernah mengenali ayah kandungnya.
Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham. Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri, barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu.
Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing menyakiti hati masing-masing.
Ad dikehendaki menyambung pelajaran supaya setaraf dengan Iz yang berpelajaran tinggi. Manakala Iz dikehendaki mengurangkan saiz badannya daripada XL kepada M, supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang slim.
Setelah menempuh hidup bersama, cinta pun mula memekar di taman hati masing-masing. Ini membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina, pujaan hatinya selama ini.
Kemunculan Tengku Ihsan, sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz sebagai suami Ad kerana Ihsan terang-terangan cuba mencuri hati Ad.
Demi harta, Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak tiri Ad) untuk memisahkan Ad dan Iz. Dia mahu Iz mengahwini Marina yang berstatus jutawan.
Akibat komplot itu, sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini pecah jua akhirnya.
Siapakah Ad sebenarnya? Apa kaitannya dengan Ann, cinta pertama Iz? Berjayakah rumah tangga mereka mengharungi segala badai yang mendatang? Semuanya bakal terjawab di dalam AD+IZ

buku nie aku dah lama beli sebenarnye, tp x baca lg..baru ingat nak mula baca ari nie sbb semlm aku dh abiskan novel Dosa Semalam..review dr kwn2 Kelab Pencinta Novel, buku nie boleh tahan juga bestnye..so apa2 pun mcm biasa lepas je aku baca akan aku update yer :)

17 January 2011

~Allah Selamatkan Kamu~




17/01/2011
Happy Birthday My 2nd Brother
Semoga Pjg Umur, Dimurahkan Rezeki,
Ditetapkan Iman & Sentiasa Ceria
Love You So Much Bro!!!



13 January 2011

~Dalam Kenangan~

Al- Fatihah....
Allahyarham Sidek Bin Tamby
02/02/1964 - 10/01/2011

aku sebenarnye masih dalam keadaan terkejut..masa aku dapat berita arwah pak busu meninggal, aku tgh memasak untuk makan malam..tetiba je adik aku bgtau..." akak, busu dh meninggal..dia jatuh bilik air..' aku punya la terkejut sbb baru seminggu yg lepas aku jumpa dengan arwah..terkilan sgt sbb aku x salam pun arwah masa nak balik dr umah mak long...arwah pak busu adalah adik bongsu emak...mmg aku tahu dia ada penyakit sbb badan dia semakin kurus..patutlah masa kenduri kahwin abg chik dia senyap je..selalunya dia agak peramah..

ingat lagi time aku kecik2 pak busu la yg selalu melayan anak2 buah nye..walaupun selalu kene marah disebabkan perangai 'pemalas'nye tp kami semua hormat dia sebagai pakcik...arwah meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak..insyallah semoga arwah ditempatkan disamping org2 yg soleh...mari kita sama-sama sedekahkan surah Al- Fatihah....

07 January 2011

Dosa Semalam - Adilla Tasha



Hanim terbuang dari naungan kasih ayah dan bonda akibat perbuatan keji Ariff yang merogolnya hingga mengandung. Mujurlah ada insan yang sudi menghulurkan tangan, menyambut Hanim dari terus rebah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Di Rumah Kasih Sayang, Hanim membina semula semangatnya yang menghilang.
Kehadiran permata hati mengubat duka, walaupun kelahirannya tidak sah di sisi undang-undang. Kasih dan sayang dicurahkan kepada Aidil, namun ada batasnya.

Enam tahun memperkasakan diri, Ariff tiba-tiba muncul semula lalu mengocak ketenangan hati Hanim. Hanim tidak betah melarikan diri daripada Ariff kerana tuntutan kerja memaksa mereka untuk bekerja bersama-sama.

Ariff yang sememangnya sedari mula mencintai Hanim cuba untuk menggapai semula kasih Hanim demi menjernihkan suasana. Berjayakah Ariff menghapuskan dosa semalamnya? Akan terbukakah pintu hati Hanim untuk memaafkan Ariff? Bersediakah Ariff memikul tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Aidil?

Semuanya bakal terjawab di dalam DOSA SEMALAM….


buku nie baru je beli...lom bace lg, so bila dh baca kang aku update yo..heheheh

21/01/2011 - Buku nie baru je aku abis baca..mmg best jugak la novel nie..ada part2 yg sedih sampai bergenang aku membacanye..huhuhuh...

02 January 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Tak sangka cepat masa berlalu...rase mcm baru semlm aku celebrate tahun 2010 kt KLCC..hehehehe..tp tahun 2011 just dkt Seremban je..tp yg sodihnye x dok munger api pun kt Seremban..Org kemain ramai dok menunggu kt Dataran Seremban..masing2 muka frust giler sbb x dok munger api..lain kali Tok' Mat sediakan la budget..tak apa la..tuh cite lain...yg penting aku dan husband teruja untuk tahun 2011 nie dengan azam baru..

My 2011 Wishlist
1. Nak Jadi Seorang Ibu..(Nie y
g utama..harap Allah makbulkan doa kami)
2. Nak Tambah Lebih Byk Simpanan

3. Nak Bercuti kt Langkawi masa anniversary yg ke-4

4. Nak Turunkan Berat Badan (Kalau mengandung so kene tunggu lepas pantang la)

Kepada semua, Selamat Tahun Baru 2011, semoga tahun 2011 ini bakal membawa seribu kebahagian & keberkatan, dimurahkan rezeki, sentiasa gembira :)





Buat Suami Yg Tersayang : Selamat tahun baru 2011, semoga kita kekal bahagia sehingga ke akhir hayat..dikurniakan anak yg sempurna, soleh & solehah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman...sayang syg abang...mWahhhhhhhh!!!