26 January 2012

Syasya Batrisyia - Check Up 1 Bulan



Papa & Syasya Tgh Tunggu Turn Nak Check-Up

Hari nie bwk Syasya check-up utk 1 bulan di Klinik Desa Taboh Naning..time nak kene cucuk Syasya hampir nak tido..bila nurse cucuk tuh menangis kuat la juga tp sekejap je..pandai anak mama nie..mama tau Syasya kuat!!! Berat Syasya skrg dh 3.6kg..tinggi dia 52cm..syukur perkambangan Syasya mengikut graf yg sepatutnya...lepas nie appointment utk 2 bln pada 23/2/2012..insyallah time tuh nenek & atuk yg bwk Syasya pg klinik sbb diorg yg akan jaga Syasya..arghhh mesti LS akan rindu bangat kt Syasya..nampaknye LS akan berulang la dr Seremban - Simpang Ampat...huhuhu...

23 January 2012

67 Hari Di Wad - Part II

n3 kali nie nak story pengalaman bersalin yg kiranya menjadi pengalaman seumur hidup LS..mmg semua ibu kalau boleh nak bersalin secara normal tp Allah dah tentukan utk LS bersalin secara czer..dengan penuh sabar LS menanti hari yg telah ditetapkan oleh doktor utk czer..beberapa hari sebelum tarikh czer tuh LS mmg berdebar2..nak2 lg bila LS dh dok bertapa lama kt wad n dh tgk pengalaman ibu2 yg bersalin czer nie mcm agak 'seksa' berbanding ibu yg bersalin normal..bg LS, ibu yg bersalin normal sakitnya sebelum,tengah nak bersalin n tgh nak jahit bwh tuh kalau terkoyak byk..tp lepas tuh bila tolak masuk wad,x sampai setengah hari dah boleh jln steady je pg tandas tukar pad..

2 minggu sebelum LS nak bersalin,LS kene jumpa dgn pakar bius..pakar bius nie akan terangkan kt kita apa risiko n kesan2 bius nie kt kita...utk kes berat mcm LS nie sepatutnya LS kene bius full body tp disebabkan LS deman 2 minggu sebelum tuh & tekak masih lg nampak merah so pakar bius tuh utk buat half body saja..LS pun kalau boleh mmg nak half body sbb kalau full lg tinggi risiko & nak kena tunggu sedar sepenuhnya baru dpt tgk bby..

2 hari sebelum 21/12/2011, doktor panggil husband LS utk sign borang setuju utk menjalani pembedahan..LS mmg dh sedia maklum dengan risiko yg bakal LS hadapi cuma kes berat mcm LS nie lg la byk kemungkinan yg akan terjadi masa czer tuh nanti..yg paling LS takut kalau terlampau byk bleeding rahim akan kene buang utk hentikan bleeding tuh nanti..tp insyallah LS & husband berdoa agar benda tuh tak terjadi kt LS..LS diberi keyakinan yg doktor yg handle kes LS nanti mmg doktor pakar..so lega la sket hati LS yg gundah gelana nie..hehehe

sehari sebelumnya tuh,family LS dr Simpang Ampat dtg Seremban..ptg tuh time melawat penuh la kt katil LS dgn family LS & family mertua..sayu je bila bersalaman dgn diaorg semua..mlm tuh lepas magrib ada majlis bacaan Yassin kt umah LS utk mohon pd Allah agar semua urusan dipermudahkan..hari tuh juga 2 org doktor pakar dtg utk berjumpa dgn LS..2 kali LS dibawa utk scan bg placenta mapping..doktor mesti akan study n standby kes LS sbb bukan saja uri berada di bawah..kedudukan bby pula melintang..sungguh hebat dugaan Allah tp LS redha menghadapinya..LS tahu Allah sentiasa berada disisi hambanya..

to be continued... part III :)

20 January 2012

From Newborn To 1 Month

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

Nama saya Syasya Batrisyia Binti Syaqrani



Syasya Batrisyia : Beberapa Jam Selepas Dilahirkan



Syasya Batrisyia : Day 1




Syasya Batrisyia : Beberapa Minit Sebelum Melangkah 1 Bulan




Syasya Batrisyia : I'm 1 Month Now :)


Syukur alhamdulillah..hari jumaat yg diberkati dgn hujan rahmat dr Allah, Syasya Batrisyia hari nie genap 1 bulan..LS seperti tidak percaya yg LS dh menjadi seorang ibu dengan izin dr Allah..penantian selama 4 tahun kami terbalas dgn bukti kekuasaan Allah menganugerahkan kami seorang anak perempuan yg comel...segala dugaan yg LS tempuh sepanjang tempoh LS mengandung terubat tiap kali melihat wajah yg suci nie...Mama & Papa sentiasa mendoakan agar Syasya Batrisyia menjadi anak yg solehah :)

Syasya Batrisyia = Berseri-Seri ; Cerdik Pintar

19 January 2012

67 Hari Di Wad - Part I

Dah mcm tajuk novel seram la plaks n3 LS kali nie..hehehe..gimik je tuh..LS nak share kt semua kemana menghilangnya LS smpai blog LS bersawang-mawang dkt 3 bulan lebey..

Sebenarnya pd 17/10/2011,LS kene tahan wad d i Hospital Tuanku Jaafar,Seremban..pd hari tuh LS ada check-up 7 bln di KK Rasah utk minum air gula & scan sbb nak tgk kedudukan uri..time kandungan LS masuk 5 bulan mmg dah tau kedudukan uri LS kebawah..tp time tuh doktor bgtau kalau dah masuk 7 bln still tak naik juga kemungkinan ditahan wad awal sbb kene bed rest di hospital..so LS pun ada la usaha secara kampung utk naikkan uri tuh balik..jd bila LS dtg check up, dr rumah LS berdoa agar uri LS dh naik..sekali bila scan uri still x naik malah doktor bgtau uri dah totally covered pintu rahim..doktor diagnos as PLASENTA PREAVIA T YPE IV..terus doktor dr KK Rasah keluarkan surat utk admit wad hari tuh juga..LS pun kelam kabut terus call asben..dgn sehelai sepinggang LS masuk wad..bermula la LS berumahtangga di wad 1A Bed 21 smpai la bersalin..

Reason LS kene bed rest di wad sbb utk elakkan d rpd bleeding..klau dh PP nie langsung x boleh nak buat keje..nak ikutkan nak pg tandas pun doktor akan suruh kita naik wheelchair..so far alhamdulillah smpai bersalin LS tak pernah bleeding..doktor pakar dh tentukan tarikh LS utk bersalin secara czer pd minggu ke 37 iaitu 21/12/2011..maka dgn sabar LS menanti tarikh tuh..

Mcm2 pengalaman LS sepjg berada di wad..kt wad la LS boleh tau mcm2 dugaan ibu mengandung nie..disebabkan LS dok lama kt wad, hampir semua doktor pelatih..doktor pakar..staff nurse..jururawat masyarakat..jururawat pelatih kenal dgn LS..mana taknyer dh jd ketua kampung kt wad 1A tuh..kalau nak citer pengalaman LS sepjg kt wad mmg x terbaca korang semua...mau kejang jari LS menaip dlm n3 nie..insyallah akan LS kenang semua pengalaman dn jdkan ianya sebagai panduan..

LS nak ucapkan setinggi2 penghargaan pd family LS..family mertua..kwn2 & kwn2 yg LS kenal semasa kt wad yg sentiasa mendoakan LS dan Baby..pd semua yg dtg melawat LS kt wad terima kasih byk2.. dan yg terutama sekali pd suami yg tercinta kerana tak pernah walau sehari pun dia tidak dtg melawat LS kt wad..buat abg terima kasih atas segalanya..love you so much..

nanti kalau LS ada masa akan LS citerkan pulak pengalaman LS bersalin secara czer.. :)


Wajah Kesayangan LS..

terima kasih pd suami yg tak pernah jemu memberi semangat dan tidak pernah gagal utk melawat LS semasa di wad..

p/s : tuh sbb syasya ikut muka papa dia.. ;)

11 January 2012

7 Hari Mencintaiku - Siti Rosmizah


Sinopsis : Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Secara jujurnya LS masih belum sempat nak beli novel ke-4 dr Siti Rosmizah nie..tp LS berpeluang membacanya masa LS kt wad..pinjam dr nurse pelatih..heheh..mcm biasa,novel dr Siti Rosmizah tidak menghampakan LS..mmg LS rekeman kt sesiapa yg masih belum baca novel nie utk membelinya..insyallah lepas je LS abis pantang nie mmg LS akan mula balik mengumpul novel..


10 January 2012

Posting Ke-100

Haaaaa..tuh dia..bersawang..berhabuk blog aku nie...waduhhhhhh..tak apa la..dek kerana dh lama kene tinggal blog nie, aku bg 'baju' & 'suar' baru..lgpun sempena tahun 2012 nie baru la semangat nak update story..sian blog aku nie dh lama kene tinggal..mcm2 hal yg berlaku..kalau aku nak share pun maun sehari semlm aku menaip..takut jenuh plaks nak membacanye..insyallah bila ada masa free neh aku akan update sket2 yer...

So buat masa nie,aku nak adjust sket blog nie sbb dh bersawang sgt..anyway pada yg setia blog walking blog aku nie..terima kasih byk2 yer..maaf sbb dh lama aku tinggalkan blog nie tanpa sebarang story baru..insyallah dgn blog berwajah baru nie..dn kehadiran permata hati dlm hidup aku skrg,buat aku bersemangat lg utk berblogging...

Sempena posting yg ke-100 nie aku rasa mcm nak tukar la ganti nama diri..mcm dh tak sesuai bahasakan diri nie 'aku'..so mulai hari nie akan diganti dgn LS (LaDySyaQ)...cewahhh..nak nampak la sopan sikit selepas bergelar mama nie..hehehe...


HAPPY 2012 !!!