29 January 2011

Lovin' You - Haruno Hana



Sinopsis : Kira yang digelar ‘putera’ di sekolahnya bersikap dingin kerana memendam perasaan akibat cita-citanya untuk menjadi pemain piano profesional telah ditentang habis-habisan oleh ayahnya. Ayahnya mahukan dia meneruskan legasi perniagaan keluarga mereka yang berkembang pesat di seluruh dunia. Kira hampa kerana mendiang datuknya yang mencintai muzik pernah memberikan galakan kepadanya untuk bermain piano. Sementelah, kawan karibnya sejak kecil iaitu Setsuna telah berjaya menjadi bintang pujaan ramai dan mendapat sokongan padu daripada keluarganya.

Perjalanan hidup Kira berubah dengan kehadiran Kotomi. Kotomilah satu-satunya gadis yang berani memarahinya dan membuka matanya tentang warna-warni kehidupan di dunia ini. Dengan dorongan dan sokongan yang diberikan, Kira mula membuka hatinya terhadap kemanisan hidup bercinta dan keindahan melodi simfoni yang beralun dari piano.

Namun… kecelakaan yang menimpa Kira telah mengubah kisah mereka berdua.

Bagaimanakah mereka mengharungi badai takdir yang menghempas mereka? Berjayakah mereka mengharunginya bersama-sama?

Buku nie aku beli jumaat lepas kt kd buku POPULAR Jusco Seremban 2..so x boleh la nak komen best ke tak cite nie..yg menariknya time aku tgh beli buku nie, terserempak dgn Ayu Rauddah & Zaquan..tp x ambik pun gambar..segan la plaks!!

1 comment: