30 July 2011

Perkembangan Bayi - 4 Bulan

syukur alhamdulillah,aku sudah selamat mengakhiri trimester yg pertama..skrg nie kandungan aku dah masuk 4 bulan...meh kita sama-sama berkongsi perkembangan bayi yg aku dh search kt dlm buku mahupun kt internet...
  • Saiz bayi anda sekarang lebih kurang sebiji avokado.
  • Panjang dari mercu kepala ke punggung sekitar 5 inci / 11.6 sentimeter
  • Berat sekitar 4 auns / 100 gram.
  • Di dalam atau di luar rahim, bayi merupakan mahluk yang suka bermain. Bayi anda mungkin telah menjumpai mainan pertamanya - tali pusat - yang dia suka menarik dan mencekau. Kadangkala ia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang lalu masuk berkurangan, tapi jangan khuatir - dia tidak memegangnya terlalu lama untuk memudaratkan.
  • Sistem peredaran dan trek kencing sudah berfungsi sepenuhnya, dan dia menyedut masuk dan mengeluarkan cecair amnion melalui paru-parunya.
  • Kadangkala, apabila anda bergerak secara s erta-merta, anda akan terasa sakit sedikit di sisi anda. Ligamen-ligamen di kedua belah uterus anda dan dinding pelvis sedang meregang ketika bayi anda membesar. Anda sudah tentu merasakan sakit-sakit ringan, tetapi sekiranya ia berlanjutan atau bertambah kuat, beritahu doktor anda.

sumber dr babycenter.com



2 comments:

  1. tahniah bebeh ^_^
    dah lepas trimester pertama...
    take care!

    ReplyDelete
  2. syukur yg amat sgt..tp smpai 3rd trimester pun i kene extra care..doc kt KPJ dh warning i ari tuh..hehehhe

    ReplyDelete