22 January 2013

Setia Hujung Nyawa - Fatin Nabila





Sinopsis : Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. 

Assalamualaikum semua...

nie penangan dek kerana obses sgt tgk drama yg tgh hot kt TV3 ' Setia Hujung Nyawa'...
lagipun LS dh lama benar tak menambah koleksi novel sejak2 kena bertapa kt wad menunggu nak bersalinkan Syasya..kiranya dkt setahun lebih la LS x membaca & membeli novel..mujur masa jenjalan ari sabtu lepas tergerak nak masuk popular..sekali elok pulak novel nie bersusun so kenyit2 mata dgn En. Husband dpt la juga rembat sebuah..ingat nak juga skudeng novel yg lain tak sempat...huhuuu

dlm novel dgn drama mmg ada yg berbeza..novel lebih straight forward..drama lebih byk yg di tambah utk menyedapkan cerita dan membuatkan kita kelam kabut utk balik umah semata2 nak tercongok dpn TV..buku nie LS belum abis baca la..masih on-going lg.. ;-)

No comments:

Post a Comment